awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif pengeluaran getah diaktifkan bagi Januari 2024

Bernama
Bernama
02/02/2024
20:00 MYT
Insentif pengeluaran getah diaktifkan bagi Januari 2024
LGM berkata pekebun kecil layak menerima bayaran IPG bermula 1 hingga 29 Februari 2024. - Gambar fail/Reuters/Samsul Said
KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil telah diaktifkan bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran Januari 2024, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
LGM berkata ,IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3.00 sekilogram atau ke bawah.
Harga purata di peringkat ladang bagi getah cuplump atau getah sekerap pada Januari 2024 ialah RM2.90 sekilogram bagi Semenanjung dan RM2.55 sekilogram bagi Sabah dan Sarawak.
"Kadar bagi IPG lateks, ia juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. Kadar IPG lateks ditetapkan pada 90 sen sekilogram bagi lateks dengan 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK)," kata LGM dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Kadar IPG bagi getah cuplump dan lateks teraktif di Semenanjung pada 10 sen bagi 50 peratus KGK dan 20 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Sementara itu, kadar di Sabah pada 45 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Kadar di Sarawak adalah pada 45 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 90 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
LGM berkata pekebun kecil layak menerima bayaran IPG bermula 1 hingga 29 Februari 2024.
Peningkatan Paras Harga Pengaktifan (PHP) yang baharu merupakan inisiatif kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2024. - BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Insentif Pengeluaran Getah
#Belanjawan 2024
#getah sekerap
#harga purata bulanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan