awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif untuk syarikat pindah pangkalan ke TRX - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/02/2024
04:21 MYT
Insentif untuk syarikat pindah pangkalan ke TRX - PM
Anwar berkata TRX mewakili satu kejayaan ke hadapan dalam misi kerajaan memperbaharui ekonomi negara dan seni bina kewangan melalui Ekonomi Madani. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan beberapa insentif kepada syarikat-syarikat yang memindahkan pangkalan mereka ke pusat kewangan antarabangsa baharu negara, Tun Razak Exchange (TRX) di ibu negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata insentif tersebut termasuk elaun bangunan industri, pengecualian cukai ke atas 70 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah, pengecualian duti setem ke atas pinjaman dan perkhidmatan untuk status syarikat TRX.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah TRX mewakili satu kejayaan ke hadapan dalam misi kerajaan untuk memperbaharui ekonomi negara dan seni bina kewangan melalui Ekonomi Madani.
“Rangka kerja Ekonomi Madani mewakili strategi holistik yang dirangka untuk mencergaskan semula landskap ekonomi Malaysia.
"Inisiatif ini bukan sahaja menangani cabaran sedia ada, tetapi juga memberi tumpuan mengenai bidang utama untuk pertumbuhan mampan dan daya tahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran TRX sebagai Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama Pegawai Eksekutif, TRX City Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib.
Berucap lanjut, Anwar menyifatkan pembinaan TRX mampu meningkatkan naratif Malaysia, yang mencerminkan sejarah sebagai sebuah negara yang kaya dengan perdagangan.
Dalam masa sama, beliau berkata TRX juga merupakan mercu tanda penting sebagai sinergi antara kecanggihan dalam pembinaan yang sesuai dengan tuntutan zaman, selain menjadi hab kewangan kepada pemain-pemain utama industri.
Perdana Menteri menambah kerajaan sedang berusaha untuk memulihkan piawaian kebolehdiaman bandar-bandar Malaysia.
“Putrajaya akan dijadikan sebuah bandar contoh bagi rendah karbon sebagaimana usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan untuk menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui,” katanya lagi.
TRX dibangunkan dengan tujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah hab kewangan dunia, sekaligus dapat bersaing dengan pusat-pusat kewangan antarabangsa seperti di Bandar Raya New York, London, Paris, Frankfurt, Singapura, Hong Kong dan Tokyo.
Mercu tanda bagi TRX, iaitu Menara Exchange 106, merupakan pencakar langit kedua tertinggi di Malaysia dan ketiga di Asia Tenggara.
Topic Berkaitan
#Tun Razak Exchange
#Anwar Ibrahim
#TRX
#insentif kepada syarikat
#pusat kewangan antarabangsa baharu negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan