Insiden besi jatuh: CIDB, LLM digesa siasat, ambil tindakan - Fadillah

Fauzi Suhaimi
Julai 16, 2020 07:38 MYT
Fadillah turut mengarahkan kedua-dua agensi itu memantau dan memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi khususnya membabitkan keselesaan orang ramai. - Foto Twitter Pembaca
Kementerian Kerja Raya menggesa Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan sebuah syarikat konsesi lebuh raya mengabaikan aspek keselamatan sehingga menyebabkan insiden besi jatuh di sebuah tapak pembinaaan lebuh raya.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengarahkan kedua-dua agensi itu memantau dan memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi khususnya yang membabitkan keselamatan dan keselesaan orang ramai.
"Saya akan pastikan CIDB dan LLM siasat dan ambil tindakan sewajarnya termasuk akan arahkan syarikat konsesi sentiasa memantau dan pastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya diutamakan," katanya ketika membalas aduan pengguna jalan raya di akaun Twitter miliknya di sini pada Khamis.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik sekeping gambar dipercayai berlaku di tapak pembinaan sebuah projek lebuhraya menghala ke Wangsa Maju yang dikhuatiri menjejaskan keselamatan khususnya pengguna jalan raya yang lalu di kawasan tersebut.

Siang tadi dekat DUKE menghala ke Wangsa Maju. Scary ye tak tahu benda besi tu jatuh ke apa. Dah la lalu sini hari hari! pic.twitter.com/5otT95Q28c

— (@IzzatiTaufek) July 15, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terimakasih Di atas makluman. Saya akan pastikan @CIDB_Malaysia dan @LLMKP siasat dan ambil@tindakan sewajarnya termasuk akan arahkan sykt konsesi sentiasa memantau dan pastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jln raya diutamakan

— Fadillah Yusof (@PetraJayaMP) July 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Fadillah Yusof #keselamatan #Malaysia #Media #media sosial #Twitter