awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden bom lempar: Pelatih TUDM selamat dikebumi dengan istiadat ketenteraan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
26/06/2023
12:25 MYT
Insiden bom lempar: Pelatih TUDM selamat dikebumi dengan istiadat ketenteraan
Bapa Allahyarham Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, Masdi Md Isa menyiram air di pusara anaknya. - Astro AWANI
LENGGENG: Jenazah Allahyarham Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi yang terkorban dalam insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas semalam, selamat di kebumikan petang Isnin.
Jenazah Allahyarham yang tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawa Ulu, di sini kira-kira pukul 5.25 petang, disemadikan pada pukul 6.30 petang dengan istiadat ketenteraan.
Terdahulu, jenazah Mohd Iqmal, 22, dibawa ke kediamannya di Kampung Rawa Ulu selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada jam 4.15 petang.
Sejurus tiba di kediaman keluarganya itu, jenazah disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya.
Kira-kira 500 pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ahli keluarga, sahabat dan penduduk setempat mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham yang sudah dua tahun berkhidmat sebagai anggota tentera.
Hadir sama memberi penghormatan adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalannya, Adly Zahari.
Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari semalam, Mohd Iqmal yang merupakan penuntut bagi Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan meninggal dunia dalam insiden letupan bom lempar.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menjalani sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin.
Dalam insiden itu, dua lagi jurulatihnya parah sebelum salah seorang daripada mereka iaitu Allahyarham Koperal Udara Syuib Bidin, 33, meninggal dunia pada pukul 5.45 petang semalam.
TUDM dalam masa yang sama turut menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian insiden itu berlaku.
Topic Berkaitan
#tragedi bom lempar
#TUDM
#Mohd Iqmal Masdi
#pengebumian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan