awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden culik tidak jejas sektor pelancongan Sabah - Mas Ermieyati

Bernama
Bernama
01/10/2016
23:14 MYT
Insiden culik tidak jejas sektor pelancongan Sabah - Mas Ermieyati
MAS ERMIEYATI: Destinasi pelancongan ke Sabah menunjukkan peratusan (ketibaan pelancong) semakin meningkat dan tidak merencatkan sebarang perancangan pelancong untuk pergi ke sana. -Gambar fail
Sektor pelancongan di Sabah tidak terjejas walaupun berlaku beberapa insiden penculikan di negeri itu, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Sebaliknya, beliau berkata ketibaan pelancong kian meningkat dan kejadian penculikan yang berlaku tidak menjejaskan sebarang aktitivi pelancongan di negeri di Bawah Bayu itu.
"Destinasi pelancongan ke Sabah menunjukkan peratusan (ketibaan pelancong) semakin meningkat dan tidak merencatkan sebarang perancangan pelancong untuk pergi ke sana.
"Pihak Pelancongan Sabah juga memaklumkan semakin banyak tempahan tiket kapal terbang ke Sabah dan kami gembira dengan prestasi di bumi Sabah khususnya warga China yang merupakan penyumbang besar sektor pelancongan di sana," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian KL Tower International Jump Malaysia 2016 di sini, pada Sabtu.
Pada masa sama, Mas Ermieyati berkata kementerian akan memberi kerjasama kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan untuk memantau dan menjaga keselamatan pelancong.
Terbaharu, pada 18 Julai lepas, lima rakyat Malaysia diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dekat perairan Lahad Datu, di pantai timur Sabah.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai persiapan pergerakan Puteri UMNO menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mas Ermieyati yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata : pergerakan itu akan terus komited dalam mengukuhkan gerak kerja akar umbi parti.
"Kami akan komited dan kukuhkan lagi gerak kerja kami dalam mendampingi wanita muda untuk persediaan pilihan raya umum ke 14 (PRU14) tidak lama lagi," katanya. -Bernama
Topic Berkaitan
#insiden penculikan
#Mas Ermieyati
#pelancongan di Sabah
#tidak terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan