[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Insiden enjin AirAsia terbakar di udara: Juruterbang cekap kendali pesawat

Astro Awani 06/09/2019 | 09:23 MYT
Juruterbang pesawat itu berpengalaman ketika menghadapi situasi cemas. - Foto ihsan pembaca
Pesawat AirAsia FD178 dilaporkan mengalami kebakaran enjin selepas berlepas dari Male lewat malam tadi.
AirAsia mengesahkan insiden berkenaan dan kesukaran yang dihadapi pesawat itu selepas salah satu enjin dilaporkan terbakar sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Male lewat malam Khamis.
Menurut Ketua Keselamatan Kumpulan AirAsia, Kapten Ling Liong Tien, juruterbang pesawat FD178 berpengalaman dan mempunyai skil dan disiplin yang tinggi ketika menghadapi situasi cemas.
Walaupun penumpang mendakwa terdengar bunyi letupan (kuat), tiada apa-apa risiko ke atas keselamatan penumpang,” kata Ling, dalam satu kenyataan pada Jumaat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penerbangan pesawat FD178 telah dibatalkan dan penumpang telah diberi penginapan di Male.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehubungan insiden itu, AirAsia turut menyediakan penerbangan seterusnya untuk penumpang terbabit.
#AirAsia #kebakaran #Lapangan Terbang Antarabangsa Velana #Ling Liong Tien #male #pesawat