awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket PMA tumpas, pegawai Imigresen antara 8 ditahan
Mahkamah tetapkan 26, 27 Mac dengar hujah pembelaan DSP Mohd Nazri
PM Singapura lucut jawatan Pritam Singh sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden gangguan elektrik di KLIA2 berpunca daripada 'flashover'

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
28/08/2025
13:28 MYT
Insiden gangguan elektrik di KLIA2 berpunca daripada 'flashover'
MAHB menegaskan komitmennya untuk mengekalkan tahap keselamatan, kebolehpercayaan dan kesinambungan perkhidmatan yang tertinggi. - www.klia2.info/airlines
KUALA LUMPUR : Insiden gangguan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada petang hari ini berpunca daripada insiden 'flashover' (lintar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran).
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun operasi lapangan terbang tidak terjejas sepanjang insiden tersebut dan semua perkhidmatan penting kekal beroperasi.
Tambah MAHB, laporan penuh mengenai insiden itu sedang disediakan untuk dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
"Pasukan teknikal telah bertindak pantas dengan mengalihkan bekalan elektrik daripada pencawang alternatif dan berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan kuasa dalam tempoh 28 minit.
"Sistem kuasa sokongan termasuk penjana elektrik segera berfungsi bagi memastikan kelancaran sistem penting seperti pengendalian bagasi, kaunter daftar masuk dan paparan maklumat penerbangan," ujar kenyataan itu.
MAHB menegaskan komitmennya untuk mengekalkan tahap keselamatan, kebolehpercayaan dan kesinambungan perkhidmatan yang tertinggi.
Jelas kenyataan itu lagi, penilaian menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti langkah pencegahan sekali gus memastikan ketahanan infrastruktur pada masa hadapan.
MAHB turut merakamkan penghargaan kepada semua penumpang, penyewa dan pihak berkepentingan atas kefahaman serta sokongan berterusan.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyifatkan insiden berkenaan sebagai tidak boleh diterima sama sekali kerana menjejaskan imej negara.
Kejadian itu berlaku ketika beliau menghadiri majlis pelancaran "Tap, Travel and Discover" anjuran gateway@klia2 di terminal berkenaan.
Menurut Loke, dalam sektor pengangkutan awam, sebarang gangguan teknikal melebihi 15 minit dikategorikan sebagai gangguan besar, apatah lagi berlaku di pintu masuk utama negara.
Topic Berkaitan
#KLIA 2
#Gangguan elektrik
#Anthony Loke
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan