awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden gegaran di Ipoh kekal misteri - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2024
04:40 MYT
Insiden gegaran di Ipoh kekal misteri - Polis
Ayob Khan menjawab pertanyaan pemberita selepas Majlis Serah dan Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota Bharu, hari ini. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Insiden gegaran dan dentuman kuat yang dirasai di beberapa kawasan sekitar Ipoh, Perak pada Isnin lalu masih kekal misteri apabila punca bunyi itu belum dapat dikenal pasti.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar kejadian itu.
"Kenyataan rasmi sudah dikeluarkan. Perkara itu masih kekal misteri," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Sebelum itu beliau menyaksikan serah terima tugas antara pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby dengan Datuk Mohd Yusoff Mamat yang merupakan Ketua Polis Kelantan baharu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di sekitar Ipoh antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim dan Manjoi serta pengguna Lebuhraya Utara Selatan dekat Terowong Menora sekitar jam 11 pagi pada Isnin.
Gegaran yang berlaku dalam tempoh beberapa saat itu turut disusuli dengan bunyi dentuman yang kuat hingga mengakibatkan orang ramai terkejut dan cemas.
Polis Perak telah mengesahkan gegaran dan bunyi dentuman kuat itu bukan berpunca daripada latihan letupan pasukan keselamatan atau aktiviti kuari.
Pada Oktober 2018, insiden sama pernah berlaku di bandar raya ini dan daerah berdekatan termasuk Taiping, namun punca kejadian itu masih kekal misteri sehingga kini.
Ini berikutan pihak Jabatan Mineral dan Geosains Perak menafikan berlakunya sebarang aktiviti kuari dijalankan ketika dentuman kedengaran.
Jabatan Meteorologi Malaysia ketika itu turut menafikan gegaran dan dentuman kuat yang berlaku berpunca daripada gempa bumi selain Akademi Tentera Udara memaklumkan kejadian tersebut bukan berpunca daripada aktiviti latihan pasukan berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ayob khan mydin pitchay
#gegaran di Ipoh
#letupan misteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan