Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia satu kesilapan nyata dan bukan pencerobohan apabila helikopter Sabah Air yang dinaikinya mendarat di tempat pendaratan milik tentera Indonesia dekat sempadan Sabah dengan Indonesi, hari ini.
"Kami sepatutnya mendarat di Sungai Melayu berhampiran sempadan. Tetapi juruterbang mendapati tempat pendaratan digenangi air. Jadi, dia menerbangkan helikopter untuk mencari tempat alternatif untuk mendarat," katanya kepada media di sini malam ini.
Sebelum itu, beliau menghadiri majlis Iftar dengan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan kontinjen polis negeri di kompleks perumahan polis Tabuan Jaya.
Beliau berkata juruterbang helikopter segera berlepas setelah menyedari kesilapan itu dan kemudian mendarat di Wallace Bay di Sabah.
"Saya berharap pihak media dari Malaysia dan Indonesia tidak akan memanipulasi insiden itu.
"Kami telah menjelaskan kepada Kedutaan Indonesia. Saya juga telah memberi taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau.
Beliau berkata, esok, Kementerian Dalam Negeri akan menghantar sepucuk surat penjelasan kepada Menteri Luar Datuk Seri Musa Aman untuk beliau menyerahkan surat itu kepada rakan sejawatannya dari Indonesia.
"Saya berharap perkara itu telah selesai kerana ia bukan kes pencerobohan tetapi kesilapan oleh juruterbang. Kita tidak harus membiarkan hubungan baik antara kedua-dua negara terjejas," katanya.
Beliau berkata ada pagar di kawasan sempadan dan bentuk rupa bumi adalah serupa dan oleh itu, juruterbang tidak harus dipersalahkan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata surat tunjuk sebab telah dihantar pada Isnin kepada akhbar The Edge kerana menerbitkan laporan yang mengelirukan berhubung 1MDB yang dipetik dari laman web Sarawak Report.
"Kerajaan memberi tempoh seminggu untuk akhbar itu menjawab surat tunjuk sebab," kata beliau.
Bernama
Wed Jul 01 2015
Zahid berkata juruterbang helikopter segera berlepas setelah menyedari kesilapan itu dan kemudian mendarat di Wallace Bay di Sabah. - Gambar Fail
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - Anwar
Kaedah itu membolehkan kerajaan membuat penjimatan dari segi keperluan penyelenggaraan dan kerosakan yang menjadi masalah besar ketika ini.
Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol
Misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.
Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.