MALAYSIA
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (kanan) melawat Mohammad Zullfika (terlantar) yang menerima rawatan di Hospital Melaka semalam. --fotoBERNAMA
MELAKA: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam insiden sebuah helikopter melakukan pendaratan cemas di Pantai Klebang di sini, akan dipindahkan ke 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut, Perak, hari ini.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata Bintara Kanan (BK) Technician Marine Srimala (TMS) Mohammad Zullfika Mohiddi ketika ini masih menerima rawatan di Zon Kuning, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka kerana cedera pada pinggang dan betis kanan.
"Mohammad Zullfika dijangka dipindahkan ke 96 Hospital Angkatan Tentera bagi menerima rawatan lanjut di sana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ngwe berkata Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz pula masih di bawah pemantauan rapi pakar perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas mengalami komplikasi paru-paru.
Beliau berkata Afiq Muzani juga akan dipindahkan ke 96 Hospital Angkatan Tentera selepas keadaannya benar-benar stabil.
Rabu lepas, sebuah helikopter Super Lynx milik TLDM melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).
Dalam kejadian pada 10.50 malam itu, empat kru udara berada di dalam pesawat dan kesemua mereka berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
-- BERNAMA