MALAYSIA

Insiden helikopter: Pegawai TLDM dibenar keluar hospital

Bernama 04/01/2026 | 08:15 MYT
Dalam kejadian Rabu lepas, helikopter itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang ketika sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 GGK. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
MELAKA: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam kejadian helikopter melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang telah dibenarkan keluar dari Hospital Melaka, semalam.


Ringkasan AI
  • Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz, pegawai TLDM dalam kejadian helikopter mendarat cemas di Pantai Klebang, telah dibenarkan keluar dari Hospital Melaka setelah dipindahkan dari ICU ke wad biasa.
  • Sebelum ini, Afiq Muzani mengalami komplikasi paru-paru dan berada di bawah pemantauan rapi pakar perubatan selepas kejadian melibatkan helikopter Super Lynx milik TLDM pada Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas.
  • Kejadian pendaratan cemas helikopter pada 10.50 malam melibatkan empat kru udara, namun kesemua berjaya diselamatkan dan dirawat di Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz sebelum itu dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa pada Jumaat lepas.

"Beliau kemudian dibenarkan keluar daripada hospital kira-kira 12.30 tengah hari semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Afiq Muzani berada di bawah pemantauan rapi pakar perubatan selepas mengalami komplikasi paru-paru.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, sebuah helikopter Super Lynx milik TLDM melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang ketika sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).

Kejadian yang berlaku pada 10.50 malam itu melibatkan empat kru udara, namun kesemua mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang terlibat dalam kejadian helikopter pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang?
    A: Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz.
  • Q: Mengapakah Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi ke wad biasa?
    A: Beliau dipindahkan setelah mengalami komplikasi paru-paru dan perlu berada di bawah pemantauan rapi pakar perubatan.
  • Q: Berapakah jumlah kru udara yang terlibat dalam kejadian pendaratan cemas helikopter di Pantai Klebang?
    A: Kejadian melibatkan empat kru udara.
  • Q: Apakah yang menyebabkan helikopter Super Lynx milik TLDM melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang?
    A: Helikopter tersebut melakukan pendaratan cemas semasa melaksanakan penerbangan demonstrasi bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).
  • Q: Adakah semua kru udara yang terlibat dalam kejadian pendaratan cemas helikopter selamat?
    A: Ya, kesemua kru udara berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.



#insiden helikopter TLDM #helikopter TLDM mendarat cemas #anggota TLDM cedera #kemalangan helikopter