awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden jatuh bot: 'Saya harap anak ditemui hari ini' - Bapa

Sinar Harian
Sinar Harian
01/07/2023
06:35 MYT
Insiden jatuh bot: 'Saya harap anak ditemui hari ini' - Bapa
Afendi reda menerima ketentuan apa sahaja yang berlaku ke atas anaknya, Amrullah Fitri. (Gambar kecil: Amrullah Fitri) - Foto Sinar Harian
TUMPAT: Bapa kepada seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas dalam Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu berharap anaknya ditemui hari ini.
Bagaimanapun, Afendi Ismail, 43, berkata, reda menerima ketentuan apa sahaja yang berlaku ke atas anaknya, Amrullah Fitri Affandi, 10.
"Sebaik sahaja menerima panggilan daripada ahli keluarga, saya tidak berharap apa-apa kerana anak tidak pandai berenang dan tidak memakai jaket keselamatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Bagaimanapun katanya, malam tadi (Jumaat) dia sempat melaungkan azan dengan harapan Amrullah Fitri ditemui.
Afendi yang menetap di Kampung Patek, Kadok ke rumah bapanya selepas Solat Jumaat sebelum kejadian dilaporkan berlaku.
Jelasnya, selepas Asar, Amrullah Fitri mengajak bapa saudaranya, Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, untuk bersiar-siar dengan menaiki bot.


Amrullah Fitri sempat membaca surah Yasin dengan lancar dan berada antara saf depan ketika solat Jumaat, semalam. - Foto Sinar Harian
Amrullah Fitri sempat membaca surah Yasin dengan lancar dan berada antara saf depan ketika solat Jumaat, semalam. - Foto Sinar Harian
"Mereka turun ke sungai kira-kira jam 6 petang sebelum saya menerima panggilan berkaitan kejadian," katanya.
Afendi memberitahu, anak kedua daripada tiga beradik itu merupakan seorang yang baik dan patuh pada orang tua.
"Sebagai anak lelaki tunggal, dia boleh diharap membantu saya memelihara lembu.
"Selepas solat semalam (Jumaat) dia sempat membaca surah Yasin dengan lancar dan berada antara saf depan ketika solat Jumaat," katanya.
Wanita mati lemas, suami dan anak saudara masih hilang

Topic Berkaitan
#jatuh bot
#mangsa lemas
#Tumpat
#Amrullah Fitri Affandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan