Pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Leka, Parit Jawa di sini bagi mengesan baki sembilan lagi mangsa kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 ditutup pada 12 tengah hari ini.
Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Kapten Sanifah Yusof berkata operasi SAR itu akan berpusat di Pejabat Maritim Batu Pahat bagi memudahkan kerja pemantauan operasi.
Katanya, radius pencarian akan diperluaskan sehingga 400 batu nautika persegi.
Pada masa sama tambahnya lagi, pihaknya telah meminta bantuan daripada nelayan di kawasan terlibat untuk menyampaikan maklumat sekiranya mereka memperoleh petunjuk berkaitan mangsa.
“Hari keenam sehingga pagi ini tiada penemuan mangsa baru. Aset-aset membuat pemantauan dan carian di perairan dengan zon kawasan pencarian telah diperluaskan sehingga 400 batu nautika.
“Aset yang terlibat masih dikekalkan di mana kita akan memberi tumpuan dengan menggunakan aset yang kecil selain Pangkalan Hadapan Operasi (FOB) dipindahkan ke Batu Pahat,” katanya pada sidang media di pusat SAR Parit Jawa di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, jumlah keanggotaan serta aset dikekalkan dan tinjauan di udara oleh helikopter Maritim juga diteruskan.
BACA: Basarnas bantu cari sembilan kru kapal korek masih hilang
BACA: "Kami harap adik masih hidup" - Abang mangsa insiden kapal korek
Mengulas kerjasama dengan Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia dalam usaha mencari baki sembilan kru yang masih hilang, Sanifah berkata, sehingga kini tiada lagi maklumat diperoleh dari negara jiran.
Semalam, pasukan penyelamat memutuskan untuk menghentikan khidmat penyelam, namun memberikan tumpuan kepada pencarian di kawasan perairan berikutan keseluruhan ruang kapal telah diperiksa berulang kali.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Mar 26 2018
![Insiden kapal korek: Pusat SAR ditutup, operasi dipindah ke Batu Pahat Insiden kapal korek: Pusat SAR ditutup, operasi dipindah ke Batu Pahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81522052017_KapalKorek.jpg)
ANGGOTA Pertahanan Awam (APM) mengemas kelengkapan selepas pengumuman Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 berpindah ke Batu Pahat. - Foto BERNAMA
![Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722060245_baranganantikGale.jpg)
Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World
Mata wang haiwan yang dikumpul sejak tahun 2005 itu terdiri daripada pelbagai bentuk.
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
![Insiden kapal korek: Pusat SAR ditutup, operasi dipindah ke Batu Pahat Insiden kapal korek: Pusat SAR ditutup, operasi dipindah ke Batu Pahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81522052017_KapalKorek.jpg)
Insiden kapal korek: Pusat SAR ditutup, operasi dipindah ke Batu Pahat
Pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Leka, Parit Jawa di sini bagi mengesan baki sembilan lagi mangsa kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 ditutup pada 12 tengah hari ini.
![Basarnas bantu cari sembilan kru kapal korek masih hilang Basarnas bantu cari sembilan kru kapal korek masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521955444_kapalkorek.jpg)
Basarnas bantu cari sembilan kru kapal korek masih hilang
Operasi membabitkan pasukan penyelam dari TLDM, Maritim dan penyelam profesional telah dihentikan susulan pemeriksaan terhadap kapal itu selesai.
![SAR jumpa dua lagi mayat mangsa kapal korek terbalik SAR jumpa dua lagi mayat mangsa kapal korek terbalik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521867518_kapakMelaka.jpg)
SAR jumpa dua lagi mayat mangsa kapal korek terbalik
Dua mayat berkenaan, telah dibawa naik ke Jeti Nelayan Pantai Leka Parit Jawa pada jam 11.10 pagi dan 12 tengahari tadi.
![SAR kapal korek: Satu mayat ditemui terapung SAR kapal korek: Satu mayat ditemui terapung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521812880_KorbanKedua.jpg)
SAR kapal korek: Satu mayat ditemui terapung
Satu mayat dipercayai 12 kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 ditemui terapung di Perairan Parit Jawa lewat petang ini.
![SAR kapal korek: Mangsa pertama diselamatkan SAR kapal korek: Mangsa pertama diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521634778_kapalkorekpasir.jpg)
SAR kapal korek: Mangsa pertama diselamatkan
Selepas 55 jam terperangkap di dalam kapal korek pasir yang terbalik di perairan Parit Jawa, Muar, seorang daripada 14 mangsa berjaya ditemui selamat.
![Operasi SAR kapal korek diteruskan, dengar bunyi ketukan Operasi SAR kapal korek diteruskan, dengar bunyi ketukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521727810_KAPALKOREKKARAM.jpg)
Operasi SAR kapal korek diteruskan, dengar bunyi ketukan
Bunyi ketukan hari ini memberi harapan kepada pasukan SAR ada mangsa masih selamat dalam kapal korek yang terbalik Rabu lalu.
![Keluarga masih berharap 'Aca' selamat Keluarga masih berharap 'Aca' selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521727810_KAPALKOREKKARAM.jpg)
Keluarga masih berharap 'Aca' selamat
Anggota keluarga Mohd Akashah Azizan, 25, seorang daripada 14 kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang dipercayai masih terperangkap dalam perut kapal tersebut masih berharap beliau selamat.