NATIONAL
Insiden kematian Mejar Zahir diklasifikasi sebagai kemalangan dalam latihan

llahyarham Mohd Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak 4 Sept lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini mengesahkan insiden kematian Mejar Mohd Zahir Armaya sebagai satu kemalangan dalam latihan.
TDM menerusi kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat oleh lembaga siasatan TDM yang mendapati insiden itu diklasifikasikan sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.
"Ahli lembaga juga mendapati peralatan dan kelengkapan yang digunakan semasa latihan keupayaan tersebut berada dalam keadaan baik.
"TDM akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap individu terlibat, sementara prosedur operasi standard (SOP) dikemas kini jika perlu," menurut kenyataan itu.
Allahyarham Mohd Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia, pada 4 Sept lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami