BALING: Tiga remaja perempuan cedera terkena pokok tumbang dalam kejadian hujan ribut dan kepala air di pusat rekreasi Lata Bayu di sini kira-kira jam 5 petang Ahad.
Seorang mangsa berusia 13 tahun dikatakan mengalami patah di bahagian buku lali kaki kiri manakala dua lagi berusia 15 dan 16 tahun masih belum diketahui tahap kecederaan yang dialami.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, seorang mangsa dihantar ke Hospital Baling dan dua lagi ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut.
"Polis menerima maklumat berlakunya hujan lebat dan angin kencang dalam kejadian kepala air di Lata Bayu.
"Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang sehingga menghempap sebuah kereta dan motosikal.
"Setakat ini, kita menerima laporan tiga pengunjung cedera terkena dahan pokok tumbang namun tahap kecederaan masih belum dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan berlaku fenomena kepala air di pusat rekreasi Lata Bayu, Baling, Kedah.
Menurut Shamsudin, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengambil tindakan menutup pusat rekreasi Lata Bayu dan sebuah lagi pusat rekreasi, Lata Hijau yang berada bawah kawalan agensi berkenaan.
"Orang ramai dinasihatkan tidak mengunjungi pusat rekreasi air terjun yang berisiko berlakunya kejadian kepala air.
"Kita juga memohon pengunjung agar mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan pihak berkuasa dari masa ke semasa," katanya.
Pada 18 Ogos lalu, fenomena kepala air berlaku di Gunung Jerai, Kedah sehingga menyebabkan enam maut selain menjejaskan lebih 1,000 buah rumah di daerah Yan dan Kuala Muda.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 07 2021
Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan motosikal di lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Dua maut nahas dua kenderaan di Baling
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes samun, bunuh warga emas
Kedua-dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan pada jam 3 pagi tadi di sekitar Kuala Ketil.
Warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh selepas disamun
Siasatan awal polis kejadian dipercayai bermotifkan samun namun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan dua suspek.
Pelaburan palsu: Mangsa rugi RM1.2 juta, wanita mengandung antara ditahan
Penahanan dua wanita berusia 30-an itu dilakukan di sekitar Baling pada petang Rabu.
Polis siasat punca nahas kereta terjunam dalam sungai
Setakat ini polis telah merekodkan keterangan daripada beberapa individu yang menjadi saksi dalam kemalangan jam 6.30 petang itu.
Insiden kepala air di Lata Bayu, tiga remaja cedera pokok tumbang
Seorang mangsa dikatakan patah di bahagian buku lali manakala dua lagi masih belum diketahui tahap kecederaan yang dialami.
Dua pelajar sekolah maut kemalangan di Baling
Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Samun: Geng Farid Kancil Silver tumpas
Empat suspek mengaku melakukan kegiatan ragut dan samun manakala seorang lagi hanya mendakwa bahawa rumahnya dijadikan 'port' menghisap dadah.
Anggota bomba maut motosikal terbabas di lebuh raya
Mangsa, Pegawai Bomba Mohd Nor Faisal Ani, 38, bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Pulau Pinang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kangar, Perlis.
Lelaki ditemui mati selepas ingin berehat dalam kereta
Mangsa, Lim Tian Poh, 52, yang juga tukang masak ditemui berbaring dalam keadaan mengiring di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan.