Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Insiden kepala air: Kenderaan ditemukan, mangsa masih hilang

Bernama 19/11/2025 | 06:40 MYT
Kenderaan pacuan empat roda lelaki hilang di Sungai Klang pada Isnin lalu ditemui pagi ini oleh pasukan SAR, namun mangsa tiada di dalam kenderaan berkenaan. -Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kenderaan pacuan empat roda milik seorang lelaki yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Klang pada Isnin lepas, berjaya ditemukan pagi ini oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).


Ringkasan AI
  • Kenderaan pacuan empat roda lelaki hilang di Sungai Klang pada Isnin lalu ditemui pagi ini oleh pasukan SAR, namun mangsa tiada di dalam kenderaan berkenaan.
  • Operasi SAR hari ketiga melibatkan 21 penyelam skuba dari JBPM dan Pasukan Polis Marin, menggunakan dron serta bot kecil untuk mencari mangsa berusia 34 tahun yang masih hilang.
  • Penyelam ditempatkan di 20 km sungai yang dibahagikan kepada empat zon, sementara operasi diperluas dari Kuala Lumpur ke Selangor untuk mencari mangsa serta melibatkan 11 mangsa yang berjaya diselamatkan daripada terperangkap di bawah jambatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata Mitsubishi Pajero itu ditemukan pada 8.30 pagi, kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian, apabila paras air sungai susut sekali gus memudahkan pengesanannya.

"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa tiada di dalam kenderaan berkenaan, dan kereta tersebut telah dinaikkan serta diserahkan kepada syarikat pemilik kenderaan itu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Terdahulu, operasi SAR yang memasuki hari ketiga bagi mengesan mangsa berusia 34 tahun itu disambung semula pagi tadi selepas ditangguhkan pada 6.30 petang semalam.

Menyentuh mengenai operasi hari ini, Sazalee berkata seramai 21 penyelam skuba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Polis Marin telah digerakkan selain turut menggunakan dron serta bot kecil atau kayak untuk menyusuri sungai.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur M. Fatta M. Amin pula berkata keadaan cuaca yang lebih baik selain arus tenang dan air jernih dimanfaatkan oleh pasukan SAR untuk melakukan pencarian secara menyeluruh menggunakan khidmat penyelam.

Beliau berkata pasukan penyelam akan ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang 20 km sungai yang dibahagikan kepada empat zon, dan operasi itu kini turut diperluas dari Kuala Lumpur ke Selangor meliputi Puchong, Shah Alam dan Klang.

Insiden pada kira-kira 5.30 petang itu turut melibatkan 11 mangsa lain yang terperangkap di bawah jambatan namun mereka berjaya diselamatkan oleh JBPM.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah perkembangan terkini mengenai kenderaan yang dihanyutkan di Sungai Klang?
    A: Kenderaan Mitsubishi Pajero milik lelaki yang hilang telah ditemui sejauh 1.5 kilometer dari lokasi kejadian tanpa mangsa di dalamnya.
  • Q: Berapakah jumlah penyelam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut?
    A: Seramai 21 penyelam skuba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pasukan Polis Marin serta menggunakan dron dan bot kecil untuk menyusuri Sungai Klang.
  • Q: Bagaimanakah pihak berkuasa merancang untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah jambatan semasa kejadian berlaku?
    A: 11 mangsa yang terperangkap di bawah jambatan berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.



#kepala air #pacuan empat roda #sungai klang #kenderaan ditemukan