MALAYSIA
Insiden Kg Sungai Baru: Polis rakam keterangan 67 individu bantu siasatan
Mohamed Usuf berkata, kertas siasatan berkenaan bagaimanapun dikembalikan dengan beberapa arahan lanjut dan telah dirujuk semula pada Jumaat bersama cadangan pertuduhan terhadap semua suspek yang ditahan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan daripada 67 individu bagi membantu siasatan insiden kekecohan yang mengakibatkan kecederaan Ketua Polis Daerah (KPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, di Kampung Sungai Baru.
Ringkasan AI
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad pada Jumaat, individu yang terlibat terdiri daripada 52 saksi termasuk KPD.
"Selain itu, mereka terdiri daripada tiga pegawai Mahkamah Kuala Lumpur, dua anggota Unit APAM, dua pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang peguam KL City Developer, seorang wakil penduduk Kampung Sungai Baru, seorang pengarah Syarikat KL City Gateway Sdn. Bhd., empat orang awam (pengadu), dan seorang wanita tempatan yang merupakan penjaga kepada salah seorang tangkapan.
"Setakat ini, lapan lelaki tempatan telah ditahan, termasuk dua tangkapan terbaru dan kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman," katanya.
Beliau berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 17 September lalu, namun dikembalikan dengan beberapa arahan lanjut.
Katanya, kertas siasatan dijadualkan untuk dirujuk semula pada 19 September dengan cadangan pertuduhan terhadap semua orang kena tuduh (OKT).
Media pada 13 September lalu melaporkan tujuh suspek ditahan selepas disyaki mencetuskan provokasi serta mencederakan pegawai kanan polis dalam insiden di Kampung Sungai Baru, di sini.
Siasatan yang dijalankan membabitkan kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mencederakan Sulizmie Affendy dengan ada antara mereka yang ditahan turut didapati mempunyai rekod kesalahan seperti terlibat dalam rusuhan.
Operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses perobohan struktur rumah di kawasan berkenaan dengan diketuai oleh bailif mahkamah bersama beberapa agensi berkaitan.
Ringkasan AI
- Polis telah merakam keterangan daripada 67 individu termasuk Ketua Polis Daerah Dang Wangi, pegawai mahkamah, anggota APAM, pegawai perubatan, peguam, wakil penduduk, pengarah syarikat dan orang awam bagi membantu siasatan insiden kekecohan di Kampung Sungai Baru.
- Seramai lapan lelaki tempatan telah ditahan, termasuk dua tangkapan terbaru, dan kesemua dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman; kertas siasatan telah dirujuk semula kepada TPR bersama cadangan pertuduhan.
- Insiden berlaku semasa operasi pengosongan bangunan pada 11 September susulan arahan mahkamah, dengan siasatan melibatkan kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mencederakan pegawai polis, serta kaitan dengan isu pampasan pengambilan tanah.