KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengarahkan kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini dihentikan sementara waktu.
Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pihaknya turut mengarahkan pemaju mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian dan pembinaan.
Jelas beliau, maklumat awal mendapati punca kejadian dipercayai berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di bahagian atas struktur.
“Pihak pemaju dan bahagian keselamatan diminta memberi cadangan dan langkah (perlu) jika mahu meneruskan projek ini dari sudut keselamatan yang boleh dilihat oleh mereka.
"Kalau tidak, kita tidak benarkan apa-apa kerja atau projek dijalankan.
“Kita akan audit sistem keselamatan yang dikemukakan mereka dan akan dinilai oleh LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia), CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia), dan DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).
"Kita akan bawa jabatan bomba untuk menilai,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, di sini, hari ini.
Jelas Fadillah, keutamaan ketika ini adalah untuk menstabilkan struktur apabila ada pengerakan ketika kerja penyelenggaraan berlaku.
“Kita diberikan taklimat tadi bahawa kerja penyelamat mungkin akan dapat diselesaikan pada tengah malam ini kerana mencabar untuk operasi menyelamat," kata Fadillah.
Jurucakap syarikat pengendali lebuh raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam pada itu memaklumkan dua mangsa yang meninggal dunia dan seorang cedera parah telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukriz (HCTM), di sini.
Sementara seorang lagi mangsa yang meninggal dunia masih belum berjaya dikeluarkan.
Kerja-kerja menyelamat dijangka diteruskan sehingga tengah malam ini.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 22 2021
Fadillah berkata pihaknya turut mengarahkan pemaju mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian dan pembinaan. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tragedi kren SUKE: NIOSH lakukan kajian terperinci
NIOSH akan menjalankan kajian terperinci bagi mengetahui punca insiden kren gantri yang terjatuh di tapak pembinaan Lebuh raya SUKE yang mengorbankan tiga nyawa, semalam.
Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.
Projek bina SUKE dibantah kerana terokai hutan simpan
Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer itu, bermula dari Sri Petaling, melalui Sungai Besi,sebelum keluar di Hulu Kelang.
'Bincang dahulu sebelum bantah SUKE', nasihat kepada Penduduk Ampang
Penduduk Pekan Ampang diminta tidak membuat demonstrasi untuk membantah pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).