awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden kren SUKE: Kerja pengalihan kren gantri di lokasi insiden selesai - Prolintas

Bernama
Bernama
19/04/2021
04:28 MYT
Insiden kren SUKE: Kerja pengalihan kren gantri di lokasi insiden selesai - Prolintas
Dalam kejadian pada 22 Mac itu, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah susulan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan terbabit. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pengalihan kren gantri dan rasuk konkrit yang terlibat dalam insiden kemalangan di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), pada 22 Mac lepas telah selesai semalam setelah dua minggu ia dilaksanakan.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan hari ini berkata selepas selesai semua kerja pengalihan tersebut, jurutera perunding seliaan dan agensi berkaitan telah meneliti secara keseluruhan kondisi struktur yang terlibat bagi mengesahkan ia selamat dan kesemua proses penilaian tersebut dilaksanakan secara terperinci dan telus.
Sehubungan itu sebahagian laluan di Persiaran Alam Damai, Cheras yang sebelum ini ditutup telah dibuka semula kepada penduduk Kondominium Puncak Banyan dan orang awam, sebaik mendapat pengesahan selamat dan kelulusan dari pihak jurutera perunding dan pihak berkuasa.
Kenyataan itu juga memaklumkan dengan pembukaan semula Persiaran Alam Damai (lokasi kejadian) ia akan membantu penduduk terutamanya di Kondominium Puncak Banyan untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
"Kerja-kerja pengalihan dilaksanakan Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd melalui kontraktor terlibat iaitu Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd.
Tragedi SUKE | Mayat terakhir berjaya dikeluarkan
Pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan turut memantau pelaksanaan kerja-kerja itu bagi memastikan ia dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur operasi standard yang digariskan," menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian pada 22 Mac itu, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah susulan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suke
#kren gantri
#PROLINTAS
#kemalangan
#cedera
#Malaysia
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan