Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: JBPM Selangor nafi anggota dipukul meninggal dunia

Harits Asyraf Hasnan
November 27, 2018 06:57 MYT
Menerusi muat naik di laman Twitter JBPM Selangor, Mohd Adib dilaporkan masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. - Facebook@Nurul Najihah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor hari ini menafikan khabar angin kematian anggotanya, Mohd Adib Mohd Kassim.
Menerusi muat naik di laman Twitter JBPM Selangor, Mohd Adib dilaporkan masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

ASSALAMUALIKUM KEPADA SEMUA PENGGUNA HALAMAN BERITA KEMATIAN PB MOHD ADIB BIN KASSIM ADALAH TIDAK BENAR BELIAU MASIH DI DALAM RAWATAN.

— BOMBA (@Bomba_Selangor) November 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Makluman...... Berita Kematian Pegawai Bomba Yg Tular Di Laman Sosial Adalah Tidak Benar Keadaan Stabil & Sama-Sama Kita Mendoakan Kembali Pulih Seperti Sedia Kala... amin pic.twitter.com/0ornAwfizW

— BOMBA (@Bomba_Selangor) November 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, beberapa status dimuat naik oleh netizen kononnya memaklumkan bahawa mangsa yang dipukul oleh sekumpulan lelaki ketika cuba memadamkan kebakaran kereta dekat Kuil Sri Maha Mariamman, telah meninggal dunia.
BACA: Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: 'Kamu kuat, kamu perlu cepat bangun' - rayu tunang pada bomba
Mohd Adib, 24 tahun, merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang telah ditugaskan ke tempat kejadian awal pagi tadi.
Perusuh dilaporkan menariknya keluar daripada kenderaan dan dipukul, menyebabkan beliau patah tulang rusuk dan mengalami kecederaan dalaman.
#bomba #bomba dipukul #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #kuil dibakar #kuil hindu #kuil rusuhan #kuil sri maha mariamman #kuil subang #rusuhan #Subang Jaya