Tindakan perlu diambil ke atas anggota Parlimen Seputeh di Selangor Teresa Kok berhubung video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang diterbitkannya baru-baru ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sambil melahirkan rasa kesal terhadap tindakan anggota Parlimen itu, Mohd Shafie berkata video bertajuk 'Onderful Malaysia' turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu, khususnya dalam menarik pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Beliau berkata perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih (berikutan insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lepas).
"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.
Beliau menjelaskan insiden pencerobohan militan itu, yang turut mengorbankan anggota keselamatan negara yang bukan sahaja berasal dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung, tidak harus diperkecilkan dan dijadikan bahan gurauan.
Dalam video yang dimuat naik dalam laman sesawang Youtube berdurasi 11:39 minit, seorang daripada tetamu dikenali sebagai Master Yan Yan berkata "you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire (anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus, penculikan dan babak tembakan)".
Bernama
Sun Feb 02 2014
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Insiden Lahad Datu tidak wajar jadi sindiran 'Onderful Malaysia' - Mohd Shafie
Beliau berkata perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih (berikutan insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lepas).