KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jawatankuasa MOT yang menyiasat mengenai insiden perlanggaran Transit Aliran Ringan (LRT) pada 24 Mei lepas, tidak pernah menyatakan tiada pihak yang boleh dipersalahkan kerana menyebabkan kejadian itu berlaku.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tiada apa yang hendak disembunyikan berhubung siasatan insiden berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Jawatankuasa Siasatan ini adalah jawatankuasa yang ditugaskan untuk menjalankan siasatan, bukannya badan kehakiman. Oleh itu, jawatankuasa ini tiada kuasa untuk menentukan kesalahan ke atas mana-mana pihak.
"Sebarang tindakan dalaman/pentadbiran yang hendak diambil terhadap kakitangan yang terlibat dalam insiden ini, hendaklah berlandaskan kepada terma dan syarat yang telah diperuntukkan di dalam kontrak kerja yang ditandatangani oleh mereka dengan pihak Prasarana masing-masing," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya semalam.
Beliau menjelaskan ungkapan "Tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti terhadap mana-mana pihak" yang menurutnya bukan bermaksud tiada yang bersalah.
Pada 10 Jun, Wee dilaporkan berkata masalah teknikal dan kegagalan komunikasi antara Pusat Kawalan Operasi (OCC) dengan pemandu (hostler), adalah antara punca berlakunya pelanggaran tren LRT laluan Kelana Jaya, 24 Mei lepas.
Dalam kejadian 24 Mei lepas, seramai 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan, apabila sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
Wee berkata, dalam menentukan suatu dapatan salah dan tanggungan, proses perundangan sewajarnya perlu dilaksanakan, demi memastikan bahawa prinsip keadilan sejagat turut diberikan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian pelanggaran LRT terbabit.
Katanya, Jawatankuasa Siasatan bukannya ditubuhkan untuk menjatuhkan hukuman, dan MOT tiada kuasa untuk menghakimi apa jua kes.
"Ketika saya mengarahkan pembentukan Jawatankuasa Siasatan untuk memeriksa secara terperinci pelanggaran LRT ini, segala rujukan dapatan jawatankuasa itu juga haruslah dijelaskan dalam mencapai misinya. Kami ingin mengelakkan perkara seperti ini berulang pada masa akan datang," katanya.
Wee berkata peranan jawatankuasa itu adalah untuk menentukan faktor dan sebab berlakunya kejadian berkenaan, yang merupakan fungsi utama penubuhan Jawatankuasa Siasatan untuk dilaksanakan dan menyelesaikannya dalam tempoh yang ditentukan.
Siasatan dilakukan berdasarkan fakta dan analisa data yang diperoleh dan, atau diberikan kepada jawatankuasa berkenaan secara profesional dengan keutamaannya adalah memastikan kejadian sama tidak berulang.
"Saya juga secara peribadi telah mengunjungi dan menghubungi mangsa-mangsa yang cedera. Kami memandang serius terhadap apa yang menimpa mereka.
"Seperti yang telah saya maklumkan dalam sidang media pada 10 Jun, sebanyak 23 cadangan dibentang dan diterima oleh Kabinet adalah untuk membawa perubahan menyeluruh berhubung prosedur keselamatan dan operasi Rapid Rail Sdn Bhd serta Prasarana Malaysia Berhad, dan akan dilaksanakan dalam jangka masa yang dikemukakan," katanya.
Pada 10 Jun, Wee dilaporkan berkata cadangan penambahbaikan disarankan oleh Jawatankuasa Siasatan itu melibatkan lima cadangan yang perlu dilakukan dalam masa tiga bulan, 11 cadangan dalam masa antara tiga dan enam bulan, dan tujuh penambahbaikan dalam masa lebih dari enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021
Wee (kiri) menyantuni seorang penumpang ketika membuat lawatan ke Pusat Krisis di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC pada 28 Mei lalu. --fotoBERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.
Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.
Lebih 3,000 ahli CRSM siap sedia hadapi banjir - Wee
Lebih 3,000 ahli dan sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) akan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan banjir di seluruh negara.
Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia
Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk mendekati dan menarik minat golongan belia sebagai satu daripada proses rejuvenasi parti.
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.
‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong
Presiden MCA mempersoalkan cadangan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.