NATIONAL
Insiden penyamaran HTF: SOP keselamatan di premis hospital akan diperketat - Dzulkefly
Dzulkefly ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Kesihatan Malaysia di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan di premis-premisnya susulan insiden penyamaran seorang lelaki sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihaknya komited untuk menyemak serta menambah baik semua aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.
“Apa sahaja yang menjejaskan keselamatan, Malaysia, dari sudut integriti premis kami…kami akan perhatikan dan ia masih dalam siasatan.
“Kita nak melihat secara keseluruhan perkara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan, kita nak lihat balik SOP semua ni, we want to revisit it quickly and effective,” tambahnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Kesihatan Malaysia di sini, hari ini.
Dalam pada itu, pihaknya juga sedang meneliti cadangan untuk menambah kehadiran polis bantuan di perkarangan hospital.
“Keselamatan tidak boleh dikompromi. Kita akan kembangkan dan perketatkan semua langkah keselamatan yang diperlukan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden penyamaran sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) oleh seorang lelaki yang tular di TikTok pada Ahad, berlaku di pekarangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar pada 8 April lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ghazali Chik berkata kejadian itu berlaku pada pukul 9.28 malam dan pelaku dikenal pasti sebagai orang awam berusia 22 tahun yang lengkap berpakaian seragam PPP serta membawa beg peralatan perubatan.
Dr Ghazali berkata JKN Perlis memandang serius perkara itu dan sudah mengarahkan pihak hospital memperketat kawalan keselamatan di seluruh kawasan HTF.