awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden pergaduhan DIBW: Seorang daripada ditahan didapati positif dadah

Bernama
Bernama
25/09/2023
12:18 MYT
Insiden pergaduhan DIBW: Seorang daripada ditahan didapati positif dadah
Hussin berkata keputusan diperoleh selepas saringan air kencing dijalankan terhadap kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu. - Gambar fail/Bernama
KOTA TINGGI: Seorang daripada empat lelaki yang direman bagi membantu siasatan insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata keputusan diperoleh selepas saringan air kencing dijalankan terhadap kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu.
"Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hussin turut menasihatkan orang ramai agar tidak gusar dengan kejadian itu berikutan siasatan yang telus akan dijalankan tanpa kompromi mengikut undang-undang.
"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menyalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi menerusi talian 07-8831 222 atau pegawai penyiasat kes ASP Ng Han Shoong menerusi talian 016-5488 810 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hayda Faridzal Abu Hassan membenarkan perintah reman terhadap keempat-empat lelaki tersebut selama tiga hari bermula hari ini.
Pergaduhan yang berlaku Sabtu lepas ketika acara DIBW 2023 di Desaru itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saringan air kencing
#DIBW 2023
#methamphetamine
#perintah reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan