awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden pukul OKU: ADUN Kijal buat laporan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2025
08:10 MYT
Insiden pukul OKU: ADUN Kijal buat laporan polis
Razali (tengah) selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di Kemaman pada Selasa. -Sinar Harian
KEMAMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris membuat laporan polis susulan gambar tular di media sosial yang cuba mengaitkan dirinya dengan kes pukul lelaki orang kurang upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada Jumaat lalu.

Ringkasan AI
  • ADUN Kijal Datuk Razali Idris membuat laporan polis terhadap beberapa pengguna akaun Facebook yang menggunakan gambarnya untuk mengaitkan dirinya dengan kes pukul lelaki OKU di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman. Beliau menegaskan bahawa gambar tersebut adalah dirinya, tetapi individu yang memukul bukanlah beliau.
  • Razali menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa pelaku sebenar telah ditangkap oleh pihak polis. Beliau juga menyatakan bahawa gambar yang tular itu disalah tafsir kerana pelaku memakai baju merah, sedangkan gambar beliau memakai baju hijau.
  • Razali meminta pihak polis untuk menyiasat dan akan menyerahkan kepada peguam untuk tindakan saman. Beliau juga menegaskan bahawa fitnah tersebut merosakkan imejnya sebagai wakil rakyat dan memberi kesan negatif kepada imej Terengganu sebagai destinasi pelancongan.

Razali berkata, laporan polis itu dibuat terhadap beberapa pengguna akaun Facebook kerana menggunakan gambarnya untuk tujuan menjatuhkan maruah beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Kijal, di sini.
Laporan polis itu dibuat Razali pada Selasa, jam 11.31 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan jahat tersebut.
"Jadi saya melihat ini merupakan suatu fitnah kepada diri saya sebagai ADUN Kijal dan Exco kerajaan negeri. Saya mengambil kesempatan ini supaya tidak ada lagi pihak yang cuba memfitnah sesiapa.
"Saya ingin menegaskan bahawa gambar tersebut memang gambar saya tetapi individu yang memukul itu bukan saya. Pelaku sebenar telah ditangkap oleh pihak polis.
"Insiden ini mungkin disalah tafsir kerana pelaku memakai baju merah, yang kemudiannya dikaitkan dengan saya iaitu gambar saya sedang memakai baju hijau semasa program parti sempena Pilihan Raya digunakan untuk memperkuatkan dakwaan tidak benar ini.
"Apabila dilihat gambar saya disebar beberapa kali serta komen-komen diberikan itu merosakkan imej saya sebagai wakil rakyat.
"Jadi saya minta pihak polis siasat selain akan serahkan pada peguam kita untuk susulkan dengan tindakan saman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Razali berkata, laporan polis itu juga dibuat susulan terdapat pihak yang cuba menjatuhkan imej Terengganu dengan membuat fitnah bahawa negeri Terengganu tidak selamat dikunjungi oleh pengunjung.
"Terdapat komen-komen yang mendakwa bahawa Negeri Terengganu tidak lagi selamat untuk dikunjungi, yang secara langsung berkait dengan sektor pelancongan.
"Jadi saya mengambil tindakan membuat laporan polis hari ini," ujarnya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Razali yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri itu menafikan dakwaan gambar tular di media sosial yang cuba mengaitkan Pas dengan kes pukul lelaki OKU di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada Jumaat lalu.
Razali menjelaskan gambar yang tular itu merupakan dirinya memakai baju hijau dan bukannya suspek terlibat dalam insiden memukul lelaki OKU tersebut.
Beliau juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu berkata, fitnah tersebut telah dimainkan oleh individu-individu dipercayai sebagai 'askar upahan maya' yang mempunyai agenda politik tertentu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukul OKU
#ADUN Kijal
#Pasar Tani Padang Astaka Chukai Kemaman
#Gambar tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan