KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar helikopter jenis AW139 kendalian agensi itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, pada 5 Mac lepas.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata pencarian kotak hitam pesawat berkenaan diteruskan di lokasi kejadian bagi mengumpul lebih banyak bukti berkaitan punca kemalangan berkenaan.
"Tadi saya bersama pengurusan berbincang mengenai perkara iaitu kita juga masih teruskan pencarian kotak hitam.
"Siasatan masih berjalan, apabila semua sudah selesai kami akan maklumkan untuk hebahan di media," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Khas Pagar Laut di sini pada isnin.
Beliau mengulas perkembangan siasatan insiden helikopter jenis AW139 melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa pada 9.55 pagi namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Pesawat yang diterbangkan oleh Left Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria turut disertai Left Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.
Sementara itu, Hamid berkata kesemua kru pesawat yang terbabit insiden itu telah kembali bertugas seperti biasa minggu lepas.
Beliau berkata kesemua mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan disahkan insiden itu tidak mendatangkan impak yang besar terhadap kesihatan mereka.
"Impak kemalangan kepada mereka tidak begitu teruk dan selepas berehat mereka telah kembali bertugas dengan lebih bersemangat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Hamid berkata kesemua kru pesawat yang terbabit insiden itu telah kembali bertugas seperti biasa minggu lepas. - Gambar Bernama
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Pesawat India menuju London dilencongkan ke Jerman selepas ancaman bom
Ancaman itu disampaikan melalui platform media sosial X, dengan mendakwa bom yang dipasang di dalam pesawat yang dikendalikan Vistara.
Juruterbang Turkish Airlines meninggal dunia semasa bertugas di udara
Pehlivan tidak sedarkan diri selepas penerbangan berlepas dari Seattle pada Selasa malam dan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di New York.
Pesawat India lakukan pendaratan cemas di Turkiye akibat ‘ancaman bom’
Pesawat Vistara Airlines dilaporkan dalam perjalanan dari India ke Jerman apabila ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum.
Tiga hilang selepas helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab
Tiga kru dilaporkan hilang selepas sebuah helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab berhampiran pantai Gujarat pada malam Isnin.
Gelora udara: 'Kami fikir akan mati' - Penumpang Air Europa kongsi pengalaman ngeri
Ada penumpang Air Europa tercampak sehingga ruang bagasi atas kepala akibat kejadian gelora udara.
Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.
Pendaratan cemas: Dua kru pesawat Piper selamat - Bomba Selangor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan dua kru pesawat ringan Piper PA-28-161 yang melakukan pendaratan cemas di satu kawasan lapang dekat Pelabuhan Klang hari ini selamat.
Pesawat ringan mendarat cemas di tapak ECRL, dua individu selamat
Sebuat pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 kendalian Kelab Penerbangan Subang melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan lapang berhampiran Pelabuhan Klang, pada Khamis.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.