MALAYSIA

Insiden rempuhan Mina: Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa

T K Letchumy Tamboo 24/09/2015 | 14:28 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa insiden rempuhan manusia di Mina. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa insiden rempuhan di Mina.
Najib menyampaikan ucapannya melalui laman Twitternya turut berharap jemaah haji yang terkorban akan dimasukkan di kalangan orang beriman (shuhadah).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Najib juga berkata beliau telah memohon jemaah haji Malaysia mengikut arahan dan peraturan yang dikeluarkan Tabung Haji bagi memastikan keselamatan mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan ibadah haji itu telah meningkat ke 717 orang manakala jumlah yang cedera adalah 863 orang.
#Mekah #Mina #Najib Razak #rempuhan manusia