awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
Pembantu kedai makan maut dilanggar pemandu kereta positif dadah
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden runtuh di Jalan Bangsar, pasukan pakar ditubuhkan - Fadillah

Bernama
Bernama
01/12/2016
05:47 MYT
Insiden runtuh di Jalan Bangsar, pasukan pakar ditubuhkan - Fadillah
Pasukan khas itu akan menyiasat punca insiden sama ada daripada unsur reka bentuk, kualiti kerja, kekurangan pemantauan atau kecuaian keselamatan. Gambar Bernama
Sebuah pasukan khas yang dianggotai pakar pembinaan daripada pelbagai agensi akan ditubuhkan untuk menyiasat punca runtuhan struktur bangunan dan jejambat berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar di sini petang semalam.
Menteri Kerja Raya. Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pasukan tersebut dianggotai pakar daripada Kementerian Kerja Raya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Beliau berkata pasukan itu akan menyiasat punca insiden sama ada daripada unsur reka bentuk, kualiti kerja, kekurangan pemantauan atau kecuaian keselamatan.
"Kita akan kaji semua kemungkinan punca tersebut. Kalau terbukti berlaku kecuaian, maka di bawah Akta CIDB, pemaju pembinaan boleh dibawa ke mahkamah dan didenda sehingga RM500,000 atau penjara selama dua tahun.
"Namun biarlah kumpulan pakar membuat siasatan. Mereka perlu bergabung untuk membuat siasatan secara menyuruh. Laporan siasatan dijangka akan siap dalam masa sebulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar bertajuk 'Pembinaan Mapan Untuk Masa Depan' anjuran Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (Cream).
Insiden runtuhan tersebut meragut nyawa seorang pekerja kontrak warga Vietnam manakala lima yang lain dilapor cedera.
Kejadian kira-kira 3.30 petang itu melibatkan jejambat yang dalam pembinaan sepanjang 70 meter yang menghubungkan KL Eco City dengan pusat beli-belah Mid Valley.
Susulan itu Ketua Pengarah DOSH, Datuk Mohtar Musri telah mengarahkan pihak pemaju projek agar segera menghentikan kerja-kerja pembinaan.
Terdahulu Fadillah turut melancarkan Pusat Kecemerlangan Pembinaan Mapan yang merupakan pusat rujukan dan latihan berteraskan keberhasilan pembinaan mampan secara komprehensif.
Pusat itu ditubuhkan bagi memastikan industri pembinaan melaksanakan pembangunan fizikal dengan memelihara kelestarian dan keharmonian alam sekitar.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Jalan Bangsar
#runtuh
#Struktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan