awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tanah runtuh di Ampang: Tiga buah rumah lagi perlu dikosongkan

Bernama
Bernama
10/12/2022
05:26 MYT
Insiden tanah runtuh di Ampang: Tiga buah rumah lagi perlu dikosongkan
Penghuni di kawasan terlibat telah berpindah namun terdapat beberapa penghuni enggan berbuat demikian walaupun dinasihatkan oleh pihak berkuasa dengan memberi alasan tidak wajar.- Fail/Traffic Info Crew
KUALA LUMPUR: Penghuni di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang di sini diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah dijangka berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak semalam di lokasi kejadian tanah runtuh itu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata penghuni di kawasan terlibat telah berpindah namun terdapat beberapa penghuni enggan berbuat demikian walaupun dinasihatkan oleh pihak berkuasa dengan memberi alasan tidak wajar.
Beliau berkata arahan mengosongkan kediaman itu bagi memastikan keselamatan penduduk.
"Polis juga telah membuat kawalan di kawasan sekitar dengan meletakkan sebuah Van Balai Polis bergerak selain mendirikan Pusat Kawalan Tempat Kejadian bersama bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
"MPAJ, Ketua Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat hadir membuat pemeriksaan di kawasan tersebut dan tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Runtuhan Tebing | Wanita warga emas antara enam penghuni terselamat
Semalam, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di taman itu.
Rumah mereka turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Ampang
#MPAJ
#arahan berpindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan