MALAYSIA
Insiden tebusan: Suspek ditahan, mangsa diselamatkan
Semasa kejadian, suspek dilihat menggunakan pisau dan melakukan ugutan bunuh terhadap mangsa.
Perompak yang memecah masuk sebuah rumah dan menjadikan anak tuan rumah sebagai tebusan di Jalan Kolam, di sini sebentar tadi telah ditahan.
Insiden tebusan itu berakhir selepas suspek berjaya ditangkap polis pada sekitar jam 9.45 malam.
Mangsa juga telah berjaya diselamatkan selepas pihak polis mengadakan rundingan untuk menyelamatkan mangsa yang merupakan seorang wanita.
Semasa kejadian, suspek dilihat menggunakan pisau dan melakukan ugutan bunuh terhadap mangsa.