awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
03/02/2025
05:25 MYT
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil alih siasatan kes itu berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR : Insiden tembakan membabitkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu kini di bawah siasatan Bukit Aman.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil alih siasatan kes itu berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.
Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota disiasat direhatkan.
"Maritim Malaysia sendiri sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat. Buat masa ini, siasatan pihak polis ke atas Maritim Malaysia... dan saya baru saja mengadakan pertemuan tadi dengan Tan Sri Razarudin dan Datuk Hussein.
"Mereka bersetuju bahawa ketika siasatan oleh pihak polis... anggota yang terlibat (dalam siasatan) akan direhatkan dan siasatan kini bukan dibawah Ibu Pejabat Polis Daerah Banting tapi diambil alih ibu pejabat (Bukit Aman).
"Ini memandangkan ada potensi untuk siasatan dibuka kepada seksyen yang lebih serius," katanya dalam sidang media pada Isnin.
Terdahulu, Hussein dilaporkan berkata, dalam insiden itu, dua suspek yang dipercayai warga asing yang berada di atas bot, didakwa cuba menyerang pegawai Maritim Malaysia dengan parang sekitar jam 3 pagi, selepas mereka merempuh bot pegawai berkenaan sebanyak empat kali.
Pegawai Maritim Malaysia melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot suspek sebagai tindakan mempertahankan diri.
Namun, suspek melarikan diri dalam kegelapan malam.
Pada jam 9 pagi hari sama, Maritim Malaysia menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah bot yang hanyut di pantai Banting.
Maritim Malaysia menemui bot berkenaan dan mendapati dua lelaki di dalamnya. Seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk rawatan.
Hussein turut mengesahkan bahawa polis menerima laporan mengenai tiga lelaki, yang disyaki warga asing, yang mengalami kecederaan tembakan.
Mereka telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah di Serdang.
Topic Berkaitan
#APMM
#Saifuddin Nasution
#insiden tembakan
#warga Indonesia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan