awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan: Pusat beli-belah disahkan selamat, kata polis

Sinar Harian
Sinar Harian
08/02/2025
23:50 MYT
Insiden tembakan: Pusat beli-belah disahkan selamat, kata polis
Keadaan pusat beli-belah di Setia Alam semasa insiden itu berlaku. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pusat beli-belah di Setia Alam yang menjadi lokasi insiden tembakan pada Sabtu disahkan dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pemeriksaan lanjut di dalam pusat beli belah ini disahkan dalam keadaan selamat.
"Anggota polis bertugas telah menjalankan pemeriksaan sepenuhnya melibatkan keseluruhan kawasan ini dan semua berada dalam keadaan terkawal.
"Satu kenyataan penuh akan dikeluarkan berkaitan kejadian ini dalam tempoh masa terdekat," katanya kepada media di lokasi kejadian pada Ahad.
Terdahulu, anggota polis dari Unit Forensik dilihat menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Kawasan sekitar pusat beli-belah ini turut dilihat dikawal beberapa anggota polis bertugas.
Media sebelum itu melaporkan polis mengesahkan seorang lelaki warga tempatan telah melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di sini, pada Sabtu, sebelum bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Beliau berkata, suspek bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dan polis kini sedang berusaha menjejaki individu berkenaan yang dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
Terdahulu, pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam gempar apabila berlaku satu insiden tembakan di lokasi berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tembakan
#pusat beli-belah
#Setia Alam
#Mohd Iqbal Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan