Inspektor, 2 lans koperal ditahan minta rasuah daripada suspek kes dadah

Adie Sufian Zulkefli
Jun 23, 2021 10:23 MYT
Pegawai lelaki berusia 33 tahun itu ditahan bersama dua anggota berusia 24 dan 30 tahun di Bandar Baharu. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang inspektor dan dua lans koperal polis ditahan kerana dipercayai meminta rasuah RM15,000 daripada tahanan sebagai balasan melepaskannya daripada kesalahan memiliki dadah.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, pegawai lelaki berusia 33 tahun itu ditahan bersama dua anggota berusia 24 dan 30 tahun di Bandar Baharu di sini, antara jam 12.10 tengah malam hingga 2.30 pagi tadi.
"Ketiga-tiga suspek meminta suapan wang sebanyak RM15,000 dan telah menerima wang sebanyak RM2,000 daripada seorang lelaki awam sebagai balasan untuk melepaskan lelaki berkenaan daripada kesalahan berkaitan dengan pemilikan dadah," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman selama lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
#SPRM #pegawai polis #inspektor #lans koperal #minta rasuah #suspek #memiliki dadah #melepaskan suspek #Tahanan