awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor diperintah bela diri kes dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2023
06:45 MYT
Inspektor diperintah bela diri kes dadah
Pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap Roslan Sam (tengah) dan seterusnya mengarahkan tertuduh membela diri. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat memerintahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor membela diri atas pertuduhan mengambil dadah, tiga tahun lalu.
Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap Roslan Sam, 43 dan seterusnya mengarahkan tertuduh membela diri.
Dalam penghakimannya, Mohd Firdaus berkata, mahkamah telah meneliti fakta kes, ekshibit dan keterangan saksi dengan mengguna pakai prinsip 'maximum evaluation'.
Justeru, Mohd Firdaus berkata, mahkamah kemudian memberikan tiga pilihan kepada tertuduh berhubung perbicaraan membela diri itu.
"Pilihan pertama adalah memberikan keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah dan berdiam diri.
"Kalau memilih untuk berdiam diri, maka mahkamah sedia menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh," katanya pada prosiding kes di sini pada Jumaat.
Peguam yang mewakili tertuduh, Haresh Mahadevan kemudian berkata, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang tertuduh dengan memanggil dua saksi pendakwaan.
Haresh berkata, saksi tersebut ialah seorang anggota polis, Koperal Shahril Amri dan orang awam, Ong Boon Hoe.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengguna dan memberikan kepada dirinya dadah berbahaya iaitu sejenis Ketamin, Emphatamin, Methamphetamin, Methylenedioxy - Emphatamin dan Methylenedioxy Methamphetamin.
Kesalahan itu dilakukan pada jam 3 pagi di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada 27 September 2020.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah akta sama, yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi dan pihak pembelaan turut dibantu peguam Wan Emyra Batrisyia Ismail.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dipanggil membela diri pada 23 dan 24 Mei depan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dadah
#anggota polis
#pendakwaan mahkamah
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan