awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan

Bernama
Bernama
24/04/2024
11:50 MYT
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Menurut M Kumar, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di kawasan Taman Johor Jaya di sini, kelmarin.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya menerima laporan mangsa pada jam 9.21 malam pada hari kejadian sebelum suspek berusia 29 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian ditahan pada hari sama jam 11 malam di sekitar kawasan Bandar Seri Alam.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 6 petang.
"Polis turut merampas telefon bimbit beserta kad sim suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu. Suspek direman mulai semalam hingga Ahad ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat jika sabit kesalahan.
"Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses penyiasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#inspektor polis
#amang seksual
#Remaja perempuan
#ketua polis johor
#IPD Pontian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan