awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000

Bernama
Bernama
01/02/2018
05:09 MYT
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. - Gambar hiasan
Seorang inspektor polis mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,000 sebagai dorongan bagi meringankan kesalahan seorang individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada Februari 2016.
Tertuduh, Lee Beng Oui, 37, yang berkhidmat di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dituduh menerima wang tunai itu daripada Koperal Aziz Abdullah yang mewakili Asmadi Ali, bapa kepada Firdaus Asmadi yang ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana urin mengandungi dadah.
Lee didakwa menerima suapan itu pada pukul 11.45 malam di hadapan rumah di No 1, Blok Ezora, Perumahan Polis (PDRM) Bukit Mentok, Kemaman, 29 Feb 2016 bagi meringankan kesalahan Firdaus kepada satu sahaja iaitu urin mengandungi dadah.
Pertuduhan ke atas Lee dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 atau Akta 694 dan boleh dihukum di bawah Sekysen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 21 Feb ini bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Puteri Hikmatul Raudah Dzulaika Mohamad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#inspektor polis
#kes mahkamah
#kes rasuah
#perbicaraan
#Pertuduhan
#terima suapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan