PUTRAJAYA: Seorang instafamous dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya melibatkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali dalam kenyataan berkata kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam.
Mengulas mengenai video tersebut, beliau berkata pihaknya mengesan ia dimuat naik individu terbabit pada 9.15 malam, Ahad lepas dan semakan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, di sini.
"Video tersebut turut melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terlibat dalam adegan lakonan tersebut berpakaian penuh uniform," katanya dalam kenyataan itu.
Mohd Fadzil berkata dalam video berkenaan, individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain dilihat mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri.
Menurut beliau, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terlibat dalam video tersebut sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan IPD Putrajaya.
"Saya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Mohd Fadzil berkata dalam video berkenaan, individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain dilihat mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri. - Gambar fail/BERNAMA
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan risau ... adik Fatimah Omar Mukhlis sudah beransur pulih
Menerusi muat naik status bergambar di akaun Instagram keluarganya @thefamily.uk, Fatimah bagaimanapun masih perlu dipantau secara rapat.
Fatimah Omar Mukhlis negatif COVID-19, keadaannya stabil
Fatimah Omar Mukhlis yang dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru disahkan negatif COVID-19.
'Tolong doakan Fatimah' - Sukar bernafas, oksigen menurun, doktor sahkan jangkitan kuman
Menurut laman sosial itu, paras oksigen kanak-kanak itu juga dilaporkan menurun ketika di dalam ambulans.
Instafamous dikompaun RM1,500 kerana tidak pakai pelitup muka
Seorang instafamous dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya melibatkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya.
'Instafamous' mengaku tidak bersalah miliki beg, kasut dan baju berjenama tiruan untuk jualan
Nur Ilyana Mohtada atau lebih dikenali sebagai Illey, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan itu.
Instafamous jual minyak wangi tiruan diserbu KPDNHEP
KPNDHEP merampas lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.
'Persenda nama puteri Rasulullah, kelakarkah?'
Ibu bapa Fatimah Omar Mukhlis kesal dengan tindakan sesetengah pengguna laman sosial yang masih mempersendakan nama anak mereka.
Mata lebam, hidung berdarah ... trend #MugshotChallenge dikecam netizen
#MugshotChallenge ialah trend video TikTok di mana pengguna harus bersolek seolah-olah mereka ditangkap polis atas jenayah yang melibatkan keganasan.
Tourism Malaysia guna bloggers dan Instafamous promosi budaya pelbagai kaum
Tourism Malaysia (TM) menggunakan bloggers dan influencers untuk berkongsi pengalaman sewaktu membuat lawatan ke inap desa di seluruh negara.
"Nak viral pergi belajar dengan Instafamous" - Redza Minhat sindir pelajar minta bantuan artis demi 20,000 views
Siapa setuju?