GADGETS
Instagram alami gangguan, netizen sangka gurauan April Fool

Penggguna bukan sahaja tidak boleh mengemas kini akaun mereka, laman web Instagram turut mengalami gangguan. - Gambar hiasan
PENGGUNA internet yang sering terhubung dengan aplikasi media sosial hari ini terkejut apabila aplikasi perkongsian gambar Instagram mereka mengalami gangguan.
Bagi pengguna di malaysia, gangguan tersebut dikenal pasti berlaku sekitar jam 3 petang.
Pengguna bukan sahaja tidak boleh mengemas kini akaun mereka, malah laman web Instagram turut mengalami gangguan pelarasan.
Setelah menyedari mereka tidak boleh memuat naik gambar atau melihat muatan foto di garis masa mereka, netizen meluahkah kemusykilan itu di Twitter.
Ada yang berfikiran bahawa ia merupakan gurauan April Fool yang jatuh pada 1 April.
Gangguan teknikal itu berlaku dalam beberapa minit sebelum ia kembali seperti biasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami