GADGETS

Instagram bereksperimen dengan paparan angka 'Kawan' ganti akaun diikuti di profil

Amanz 21/01/2026 | 23:50 MYT
Instagram buat masa ini melakukan ujian untuk ciri Kawan secara terhad, dan ingin memahami reaksi pengguna terlebih dahulu berkenaan dengannya. - Foto Amanz
INSTAGRAM pada hari ini sedia memaparkan angka pengikut yang anda ikuti (Following) dan pengikut anda (Followers) pada halaman profil.

Menariknya, di samping paparan berkenaan, Instagram turut dilaporkan sedang menguji paparan kiraan baharu pada profil, dinamakan “Kawan” (Friends).

Di bawah 'Kawan', Instagram mendefinisikannya sebagai kiraan angka pengguna yang saling mengikuti antara satu sama lain.

Perubahan ini mungkin secara tidak langsung akan memberikan impak kepada pengguna, dan mungkin ada yang akan lebih mengoptimasikan akaun yang mereka ikuti selepas ini.

Instagram buat masa ini melakukan ujian ini secara terhad sahaja, dan ingin memahami reaksi pengguna terlebih dahulu berkenaan dengannya.

Nampaknya, dengan lebih banyak kandungan janaan kecerdasan buatan, termasuk akaun-akaun berkaitan dengannya hadir ke Instagram, langkah penjenamaan semula ini akan memperlihatkan platform berkenaan lebih manusiawi berbanding yang lain.


#Instagram #kawan #pengguna yang saling mengikuti #akaun yang diikuti