GADGETS
Instagram dilapor sedang bangunkan ciri keluarkan diri sendiri dari Close Friends
- Foto Amanz
SALAH satu fungsi menarik yang diperkenalkan oleh Instagram ialah senarai Close Friends.
Ia membolehkan pengguna membangunkan senarai rakan-rakan terdekat yang boleh melihat hantaran Stories mereka, tetapi bukan pengikut-pengikut lain.
Baru-baru ini, peniris maklumat berkaitan platform digital terkemuka Alessandro Paluzzi mengatakan bahawa Instagram kini sedang membangunkan ciri di mana pengguna yang dimasukkan ke dalam senarai Close Friends kini boleh mengeluarkan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu lagi berada di dalam senarai tersebut.
Untuk masa ini, satu-satunya cara untuk mengeluarkan diri anda daripada senarai Close Friends tersebut ialah dengan meminta pemilik akaun tersebut untuk mengeluarkan anda.
Tetapi sekiranya ciri ini benar-benar diimplimentasi, ia dilihat mempercepatkan proses tersebut tanpa perlu bertanya kepada pemilik akaun.
Sama ada ciri ini benar akan diimplimentasi atau tidak, belum diketahui lagi buat masa ini.