GADGETS
Instagram nafi dengar perbualan pengguna untuk paparan iklan
Menurut Instagram, penyasaran pengiklanan dilakukan dengan mengambil kira pelbagai data berkaitan, termasuk hasil perkongsian bersama beberapa rakan pengiklan Meta. - Gambar hiasan
KETUA Instagram, Adam Mosseri kini menyangkal salah satu mitos yang diperkatakan ramai dan menekankan bahawa Instagram tidak mendengar sebarang perbualan anda melalui mikrofon.
Sebelum ini, ramai memperkatakan berkenaan teori berkenaan, memandangkan pengguna akan dipaparkan dengan sesuatu iklan, sebaik sahaja selesai berbual berkaitan dengannya.
Ketua Instagram turut menekankan yang sekiranya mikrofon digunakan, ia akan memberikan kesan kepada bateri peranti.
Pada masa sama, sebuah notifikasi akan turut diperlihatkan kepada pengguna berkaitan akses kepada mikrofon.
Sebaliknya, tegasnya, penyasaran pengiklanan dilakukan Meta dengan mengambil kira pelbagai data berkaitan, termasuk hasil perkongsian bersama beberapa rakan pengiklan Meta.
Bergerak kehadapan, Meta turut telah mengumumkan mereka akan menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam penyasaran pengiklanan kepada pengguna – termasuk mengambil kira pelbagai perbualan pengguna bersama Meta AI.