awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selepas tawanan Israel terakhir ditemui, Gaza tuntut bantuan dan pembukaan lintasan Rafah
Kebakaran tanah gambut di Punggai merebak, asap tebal selubungi kawasan perumahan
[KOLUMNIS] Tanda masyarakat ‘mandul’: Perogol disucikan, mangsa dibisukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Instagram perkenal ciri lukisan dalam DM

Amanz
Amanz
25/10/2025
04:00 MYT
Instagram perkenal ciri lukisan dalam DM
Instagram memperkenalkan ciri baharu dalam DM yang membolehkan pengguna melukis secara langsung menggunakan alatan warna dan pemadam. -Foto Amanz
INSTAGRAM menambah ciri baharu yang membolehkan pengguna melukis secara langsung dalam paparan mesej peribadi (DM), selain kebolehan meletakkan pelekat (sticker) di mana-mana bahagian perbualan.

Ringkasan AI
  • Instagram memperkenalkan ciri baharu dalam DM yang membolehkan pengguna melukis secara langsung menggunakan alatan warna dan pemadam.
  • Pengguna juga boleh meletakkan pelekat (sticker) di mana-mana bahagian perbualan dengan menyeret pelekat pilihan ke ruang mesej.
  • Kedua-dua ciri ini mula tersedia kepada pengguna di seluruh dunia bermula hari ini.

Melaluinya, pengguna boleh mengakses pilihan ‘Draw’ dengan menekan ikon ‘+’ di sebelah kanan ruang menaip mesej.
Seterusnya, satu set alatan lukisan termasuk pilihan warna akan muncul di bahagian atas skrin yang membolehkan pengguna menambah lukisan yang sesuai dengan perbualan mereka.
Pengguna turut boleh memadam lukisan yang telah dibuat dengan menekan lama pada lukisan tersebut sehingga muncul pilihan ‘Hide All’ dan ‘Unsend’.
Selain itu, pengguna juga boleh meletakkan pelekat dalam ruang perbualan bagi menjadikan interaksi lebih menarik dan bersifat peribadi.
Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu menekan ikon pelekat, kemudian menekan lama pelekat pilihan untuk menyeretnya masuk ke dalam ruang perbualan.
Kedua-dua ciri baharu ini mula diberikan kepada pengguna di seluruh dunia bermula hari ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Instagram
#ciri baharu
#dm
#melukis secara langsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan