GADGETS

Instagram perkenal ciri 'Repost' - Membolehkan perkongsian semula Reels dengan mudah

Amanz 07/08/2025 | 01:50 MYT
Ciri baharu perkongsian semula sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh Instagram untuk pengguna seluruh dunia.
INSTAGRAM kini mengambil satu lagi ciri daripada TikTok, iaitu sokongan perkongsian semula atau apa yang dipanggil ramai sebagai “Repost”.

Dengan langkah ini, sebuah butang dipaparkan pada perkongsian Reels yang dilabelkan awam, dan pengguna boleh melakukan perkongsian semula dengan mudah melaluinya.

Meta mengatakan ini akan membolehkan pengguna berkongsi semula kandungan yang menarik bersama rakan-rakan lain.

Perkongsian semula boleh dilakukan walaupun anda tidak mengikuti sesuatu akaun berkenaan.

Ia juga turut akan dipaparkan melalui sebuah tab khas pada profil, memperlihatkan perkongsian semula yang anda pernah lakukan.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh Instagram untuk pengguna seluruh dunia.








#Instagram #TikTok #perkongsian semula #Repost