[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
GADGETS

Instagram Reels kini membolehkan video berdurasi 20 minit dimuat naik

Amanz 24/11/2025 | 00:20 MYT
Buat masa ini, video Instagram yang berdurasi lebih 3 minit tidak akan dicadangkan kepada para penonton baharu berasaskan algoritma.
INSTAGRAM kini dilihat telah mengemas kini penawaran mereka, sekali gus membolehkan para pengguna memuat naik video berdurasi sehingga 20 minit melalui Instagram Reels.

Dengan penawaran ini, ia sekali gus membolehkan video lebih panjang dimuat naik ke platform berkenaan, dan pada masa yang sama membuatkan pengguna meluangkan masa yang lebih lama menonton video pada platform tersebut.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Instagram menyatakan video yang berdurasi lebih 3 minit tidak akan dicadangkan kepada para penonton baharu berasaskan algoritma.

Sebaliknya, ia hanya diperlihatkan kepada penonton sedia ada sahaja untuk sesuatu akaun.

#Instagram #Instagram Reels #video 20 minit #video Instagram