awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institusi pendidikan diarah perketat kawalan keselamatan - Hui Ying

Bernama
Bernama
25/11/2023
07:00 MYT
Institusi pendidikan diarah perketat kawalan keselamatan - Hui Ying
Hui Ying berkata Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Semua institusi pendidikan diarah mengetatkan sistem kawalan keselamatan sebagai langkah berwaspada susulan siri ancaman bom palsu di sekolah seluruh negara.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan perlu bagi menjamin keselamatan warga sekolah yang sentiasa menjadi keutamaan.
Beliau berkata setakat kelmarin, pihaknya difahamkan laporan polis yang diterima masih kekal 51 membabitkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Kedah Sabah dan Sarawak.
"Kita ada garis panduan dan semua sekolah telah diberitahu untuk mengetatkan kawalan keselamatan terutama jika ada perkara mencurigakan atau terlihat orang tidak dikenali agar segera menghubungi polis.
"Kita amat memahami terutama dalam kalangan ibu bapa yang khuatir akan keselamatan anak-anak mereka, tetapi di sini saya beri jaminan bahawa KPM bersama PDRM komited memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan guru, murid serta seluruh warga sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Cemerlang Sesi 2023/2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) (P) AlMashoor, di sini hari ini.
Hui Ying berkata KPM memandang serius mengenai ancaman itu, walaupun ia hanya satu ancaman palsu dan berharap perbuatan tersebut dapat dihentikan bagi mengelakkan ketakutan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan PDRM menerima sebanyak 51 laporan berhubung ancaman bom palsu di sekolah seluruh negara sejak Selasa lepas.
Menurut Mohd Shuhaily peningkatan laporan tersebut kerana penerima emel lewat membacanya, meskipun ancaman itu dihantar pada waktu yang hampir sama.
Daripada jumlah itu, laporan melibatkan 18 sekolah di Selangor, Kuala Lumpur (7), Johor (6), Negeri Sembilan (3), Pulau Pinang (4), Sarawak (5), Perak (3), Sabah (2) dan Kedah (3).
Beliau berkata susulan itu juga 10 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman bom palsu
#sekolah antarabangsa
#sekolah
#Lim Hui Ying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan