KUALA LUMPUR: Institusi Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (IPMA) disaran supaya mewujudkan sebuah alumni dalam kalangan pelajar mereka yang telah menyertai Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC).
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata langkah itu penting bagi membina kesinambungan program selain menjadi platform mengumpul kepakaran dan bakat yang boleh diperluas demi kesejahteraan rakyat.
"Tahun ini bukan kali pertama pelajar IPMA menyertai Pertandingan Kemahiran Dunia, sudah beberapa tahun dan disebabkan itu, saya cadangkan agar satu alumni ditubuhkan antara pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.
"Tujuannya adalah untuk kita lihat kemahiran mereka yang pelbagai yang kita boleh gunakan. Kita juga boleh melibatkan pakar bidang berkaitan dalam alumni berkenaan," katanya kepada media selepas menyempurnakan program Sesi Penghargaan Secara Maya kepada tujuh peserta dan empat pakar IPMA yang menyertai WSC 2021 di Ibu Pejabat MARA pada Isnin.
WSC adalah pertandingan kemahiran peringkat tertinggi di dunia yang mengiktiraf belia berkemahiran tinggi dan penyertaannya terbuka kepada semua negara yang menjadi ahli.
Pada edisi WSC tahun ini, yang bermula sejak Mac hingga Ogos lepas, Mahdzir berkata empat daripada tujuh pelajar IPMA berjaya meraih pingat dalam pelbagai bidang kemahiran yang disertai.
Antaranya Hood Haqqi Adzlan, pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan yang merangkul pingat emas dalam bidang Pemprototaipan Pantas di Pertandingan Kemahiran Nasional ke-9 anjuran Worldskills Rusia.
Tiga lagi pelajar iaitu Muhammad Hafizuddin Norizan, Ammer Aiman Misron dan Nur Umairah Mohamad Suwandi pula memenangi pingat perak.
Muhammad Hafizuddin, pelajar KKTM Rembau, meraih pingat dalam bidang Teknologi Reka Bentuk Grafik dalam Pertandingan Kemahiran Antarabangsa Khabarovsk ke-3 di bawah naungan Worldskills.
Ammer Aiman dan Nur Umairah, yang masing-masing merupakan pelajar Institut Reka Bentuk Itali Malaysia, Universiti Kuala Lumpur dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar memenangi pingat dalam bidang Teknologi Reka Bentuk Industri dan Robotik Aerial yang dipertanding di Worldskills Asia (Online Friendly Skills Games 2021).
Mahdzir berkata kejayaan yang dicapai semua peserta itu membuktikan keberhasilan dasar kerajaan dalam memartabatkan pembelajaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Beliau berkata oleh itu, di bawah strategi dan inisiatif yang telah digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030, tumpuan akan diberi ke arah memperkasa individu luar bandar yang terlibat dalam program latihan kemahiran serta kegiatan komuniti.
Katanya tumpuan juga terarah kepada usaha melahirkan lebih ramai belia luar bandar yang kompeten dan berdaya saing melalui program TVET.
Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf pula berkata sejak tahun 2000, lebih 30 pelajar IPMA menyertai WSC dan terdapat keperluan untuk pihaknya mewujudkan alumni seperti yang disaran oleh Mahdzir.
"Ini bagi memastikan pemantauan boleh dilakukan terhadap peserta supaya kita tahu perkembangan dan kedudukan terkini mereka sama ada telah bekerja ataupun menjadi usahawan dalam bidang yang diikuti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 05 2021
Mahdzir Khalid berkata langkah itu penting bagi membina kesinambungan program selain menjadi platform mengumpul kepakaran dan bakat yang boleh diperluas demi kesejahteraan rakyat. -Gambar fail
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.
Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.
Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.
PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.
Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.