awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institusi perbankan perlu longgar syarat bantu golongan B40 miliki rumah

Bernama
Bernama
03/02/2019
21:29 MYT
Institusi perbankan perlu longgar syarat bantu golongan B40 miliki rumah
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata ia antara layanan istimewa boleh diberikan institusi perbankan kepada golongan B40.
Institusi perbankan di negara ini disaran memberi kelonggaran kepada pemohon pinjaman perumahan terutama golongan B40 dengan mengambil kira pendapatan hasil kerja sambilan mereka.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata ia antara layanan istimewa boleh diberikan institusi perbankan kepada golongan B40 selaras hasrat kerajaan Pakatan Harapan yang mengutamakan pemilikan rumah untuk golongan tersebut.
"Sebelum ini, institusi perbankan menggabungkan jumlah pendapatan suami dan isteri untuk kelayakan membuat pinjaman perumahan, jadi apa salahnya jika permohonan pinjaman itu juga mengambil kira pendapatan hasil kerja sambilan yang mereka buat.
"Namun, perlu ada bukti sahih mengenai gaji atau penyata pendapatan daripada kerja sambilan itu dalam tempoh yang munasabah (enam hingga 12 bulan) untuk menyokong permohonan pinjaman tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) yang dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Santong dekat Paka, pada Ahad.
Projek RIR itu menyediakan 229 unit kediaman mampu milik melibatkan 70 unit rumah teres setingkat; 60 unit teres dua tingkat; 76 unit (semi-D) serta rumah kedai (23 unit), dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2020.
Sementara itu, beliau berkata kementerian akan memantau pembelian rumah SPNB bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak memilikinya.
"Memang kita ada terima banyak rungutan sebelum ini kerana pemilihan pembeli rumah SPNB dan rumah kos rendah yang lain hanya 'mengikut selera' pihak tertentu sahaja.
"Kita akan pastikan ia tidak berlaku lagi kerana di bawah kerajaan baharu ini, kita mahu hanya mereka yang layak dapat memiliki rumah seperti ini khususnya mereka yang belum pernah memiliki rumah sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan B40
#institusi perbankan
#kelonggaran
#Pakatan Harapan
#Pinjaman Perumahan
#Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan