DUNGUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membina sistem pangkalan data mangsa banjir yang lebih sistematik bagi menarik lebih banyak penglibatan syarikat insurans dalam pelaksanaan Insurans Rahmah yang akan dilancarkan Jun ini.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata menerusi pangkalan data yang dibina dengan kerjasama pelbagai agensi itu, ia akan meyakinkan syarikat insurans terkemuka negara untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara.
"Data mangsa banjir itu akan dikumpul dari pusat bencana...KPDN akan bekerjasama dengan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) supaya data itu dapat diperkemas.
"Kita tidak mahu berlakunya sasaran yang tidak tepat. Kelak nanti syarikat insurans akan lebih yakin untuk perkenalkan pakej mereka.
"Ketika ini sudah ada tiga syarikat insurans jenama besar menyatakan komitmen mereka untuk membantu mangsa bencana," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada 295 mangsa banjir monsun timur laut di daerah Dungun, di Dewan Perbandaran Dungun, di sini hari ini.
Salahuddin berkata awal minggu depan, syarikat insurans berkenaan akan mengemukakan pakej yang bersesuaian antaranya kerosakan melibatkan kenderaan dan kediaman.
Justeru itu, beliau menyeru penduduk yang tinggal di kawasan kerap berlaku banjir untuk tampil mendaftar bagi membantu melengkapkan pangkalan data mangsa banjir tersebut.
"Penduduk yang berminat menyertai Insurans Rahmah hanya perlu membayar caruman pada harga Rahmah yang rendah dan mendapat perlindungan dalam jumlah yang setimpal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Salahuddin berkata awal minggu depan, syarikat insurans berkenaan akan mengemukakan pakej yang bersesuaian antaranya kerosakan melibatkan kenderaan dan kediaman. - Gambar fail/Bernama

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras - Akmal
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel beras.

Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal pada 4-5 peratus tahun ini - Ahmad Maslan
Kementerian Kewangan belum membuat perubahan dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.
Wujud semula Lembaga Padi dan Beras Negara, hapus
Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) mesti diwujudkan bagi mengekang kegiatan kartel beras yang didakwa menjadi pengkhianat sehingga berlaku kekurangan beras tempatan ketika ini.

JKPD, PRS dan Mentor Kepulihan kelompok penting bantu pemulihan dadah
Peranan institusi keluarga sebagai tempat rujukan pertama klien dalam kepulihan perlu diberi perhatian semua pihak.
MINDEF perkemas pendekatan G2G
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.
Dilantik sebagai menteri? Itu prerogatif PM
Adly yang juga Naib Presiden Amanah menegaskan, Amanah mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan sebagai calon menteri.
MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC
PAC dijangka memanggil pegawai kanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan bekas menteri dan menteri semasa bagi mendapatkan perkembangan kemajuan projek LCS, hari ini.

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan
Mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

Tamatkan monopoli untuk tingkatkan keterjaminan bekalan beras - IDEAS
IDEAS menyeru untuk pendekatan berperingkat dalam pelaksanaan reformasi yang dilaksanakan dengan baik menjelang tahun 2031 bagi memudahkan peralihan ke pasaran terbuka dan penyahkawalseliaan import.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."

Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.

Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.

Aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Rawang tumpas
Modus operandi sindiket adalah dengan membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki dan dibotolkan semula.

Program Jualan Rahmah beri manfaat kepada dua juta rakyat - KPDN
Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 1,133 program jualan dilaksanakan dengan nilai jualan RM51.2 juta telah direkodkan.

KPDN sedia kerjasama dengan KPKM banteras isu tukar label kampit beras - Salahuddin
Salahuddin berkata, walaupun ia terletak di bawah bidang kuasa KPKM menerusi Kawalselia Padi dan Beras (KPB) namun pihaknya juga akan bertindak apabila aduan diterima.

Prestasi inisiatif Rahmah akan dinilai pada mesyuarat khas KPDN akhir Jun ini - Salahuddin
Mesyuarat itu adalah bagi menilai inisiatif Rahmah secara komprehensif dan holistik sejak ia dilaksanakan Januari lepas.

KPDN Selangor rampas 10,000 beg tangan tiruan berjenama
Rampasan yang dianggarkan bernilai RM1 juta itu adalah susulan serbuan di dua premis dalam sebuah pasar raya di Klang.

Diesel lebih RM88,000 disyaki diseleweng dirampas di Alor Setar
Premis yang diserbu itu tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk berurus niaga dengan barang kawalan.

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.