awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Integrasi sekolah menegak dan perumahan ikhtiar kurangkan kos pengangkutan - PM Anwar

Bernama
Bernama
11/06/2025
15:21 MYT
Integrasi sekolah menegak dan perumahan ikhtiar kurangkan kos pengangkutan - PM Anwar
Anwar berkata Kerajaan MADANI sentiasa memberi penekanan terhadap kelulusan yang pantas melalui kerjasama rentas kementerian dan agensi serta dengan penglibatan kerajaan negeri. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Konsep sekolah menegak yang diintegrasikan bersama perumahan dalam projek Rumah Bakat MADANI di Pulau Pinang dapat menjamin keselamatan pelajar selain mengurangkan tanggungan kos pengangkutan keluarga.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep sekolah menegak dalam projek Rumah Bakat MADANI di Pulau Pinang bagi memastikan keselamatan pelajar dan mengurangkan kos pengangkutan keluarga.
  • Projek perumahan ini dibangunkan dengan kerjasama pemaju swasta Skyworld dan menyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
  • Pembangunan turut dilengkapi kemudahan seperti sekolah, taska, surau, ruang niaga serta kawasan rekreasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penggabungan elemen pendidikan dalam pembangunan perumahan itu merupakan satu ikhtiar Kerajaan MADANI untuk membina kawasan kejiranan yang bersifat ihsan dan memupuk pembangunan komuniti berteraskan nilai MADANI.
Beliau berkata prinsip ini merupakan fokus kerajaan kepada usaha untuk membawa kesejahteraan menyeluruh kepada rakyat dan bukannya pembangunan bersandarkan kemegahan binaan dan reka bentuk semata-mata.
"Elemen sekolah menegak yang bakal dimajukan ini, apabila diintegrasikan dengan pemajuan perumahan merupakan ikhtiar dalam memastikan keselamatan pelajar untuk ke sekolah serta saya percaya mampu mengurangkan tanggungan kos pengangkutan keluarga," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.
Anwar berkata Kerajaan MADANI sentiasa memberi penekanan terhadap kelulusan yang pantas melalui kerjasama rentas kementerian dan agensi serta dengan penglibatan kerajaan negeri.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata projek berkenaan merupakan satu inisiatif melibatkan pemaju swasta Skyworld, bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman mampu milik.
"Saya dimaklumkan pembangunan itu turut dilengkapi dengan kemudahan asas dan fasiliti yang lengkap termasuk pembangunan sekolah dan taska, surau, ruang perniagaan serta kawasan landskap dan taman," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri sesi pembentangan konsep projek berkenaan bersama wakil pemaju di Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#integrasi sekolah menegak
#projek Rumah Bakat MADANI
#pulau pinang
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan