GADGETS
  
            Intel, BOE bekerjasama perkenal paparan skrin dengan kadar segar semula 1Hz
Teknologi SmartPower HDR diperkenalkan bagi mengoptimumkan paparan video HDR dengan pelarasan kecerahan automatik mengikut kandungan. -Foto Amanz
            
      PAPARAN dengan kadar segar semula dinamik bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi secara lazimnya angka segar semula ini masih lagi dilihat agak tinggi (40Hz ke atas) dan masih memakan jangka hayat bateri.
Ringkasan AI
Terkini, syarikat pembangun cip semikonduktor Intel bersama-sama dengan syarikat pembuat paparan skrin BOE dilaporkan telah bekerjasama untuk membangunkan paparan skrin yang hadir dengan kadar segar semula serendah 1Hz. Ini bermakna bahawa kandungan skrin akan hanya disegar-semula setiap saat, dan ini membantu dalam mengurangkan kadar penggunaan bateri.
Paparan ini dilihat menggunakan teknologi Multi Frequency Display yang akan memperlihatkan kandungan statik seperti imej dan teks pada kadar segar semula 1Hz, dan akan meningkat secara automatik apabila skrin ditatal ataupun menunjukkan kandungan dinamik.
Dalam pada itu, mereka juga telah memperkenalkan teknologi SmartPower HDR yang turut membolehkan paparan untuk memperlihatkan kandungan video HDR secara lebih cekap, dengan menaikkan dan menurunkan kadar kecerahan paparan bergantung kepada kandungan video HDR yang dipertontonkan.
Menurut kedua-dua syarikat ini, penggunaan paparan skrin MFD 1Hz dengan gabungan teknologi SmartPower HDR ini boleh membantu dalam mengurangkan penggunaan bateri sebanyak 65 peratus dan akan meningkatkan jangka-hayat bateri dengan lebih tinggi lagi.
Ia dijangka bahawa teknologi paparan ini akan diperlihatkan pada komputer-komputer riba Intel Panther Lake yang akan diperlihatkan seawal acara CES 2026 di Las Vegas pada awal Januari ini. -Amanz
               
  Ringkasan AI
- Intel dan BOE bekerjasama membangunkan paparan skrin dengan kadar segar semula serendah 1Hz menggunakan teknologi Multi Frequency Display untuk jimat bateri.
- Teknologi SmartPower HDR diperkenalkan bagi mengoptimumkan paparan video HDR dengan pelarasan kecerahan automatik mengikut kandungan.
- Gabungan MFD 1Hz dan SmartPower HDR dijangka kurangkan penggunaan bateri sehingga 65 peratus dan akan digunakan pada komputer riba Intel Panther Lake mulai CES 2026.